Senin, 31 Januari 2011

0 Hadis Pilihan

Bab wanita masuk syurga
عَنْ عَبدُالرَّحْمَن بن العوف
اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ
اِذَا صَلَّتِ الْمِرَأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا
وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَاطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيْلَ لَهَا
أُدْ خُلِى الْجَنَّةَ مِنْ اَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Dari Abdurrahman bin Auf r.a.
 bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Jika perempuan mengerjakan solat yang lima ,
puasa Ramadhannya , memelihara kehormatannya
dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya
masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau suka
Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani
Bab amalan menyamai sedekah
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
مِنَ النَّاسِ عَلَيهِ صَدَقَةٌ كُلِّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ
الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ الإِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ
وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِى دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا
اَوْ تَرفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ
وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ
تَمْشِيهَا اِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ
وَتُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya
pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan
diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah
kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau
kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam
kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah
sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan
solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara
yang menyakiti di jalan adalah sedekah."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim

0 komentar:

Posting Komentar